400kg PPE diagih seluruh IPD Sarawak


KUCHING: Sebanyak 400 kilogram peralatan pelindungan diri (PPE) sumbangan orang awam akan diagihkan kepada pasukan barisan hadapan (Frontliner) PDRM di seluruh Sarawak.

Penghantaran dan penyerahan dilakukan menerusi pesawat Pasukan Gerakan Udara PDRM yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur ke Kuching hari ini.

Komander Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sarawak ACP Alias Abdul Wahab berkata, pihaknya berjaya menjalankan tugas operasi COVID-19 menggunakan pesawat yang membawa bekalan logistik PPE ke Sarawak.

Menurutnya, bekalan seperti peralatan topeng muka, sarung tangan, santizer dan sebaganya itu akan dihantar ke IPD seluruh Sarawak.

"Penghantaran akan dilakukan ke lapangan terbang berhampiran dan seterusnya menggunakan jalan darat untuk penghantaran ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti," katanya selepas penyerahan bekalan logistik PPE di Pangkalan Udara PDRM Sarawak hari ini.

Beliau berkata, dengan penyerahan bekalan PPE tersebut petugas barisan hadapan akan menjalankan tugas dengan penuh gigih dan dedikasi.
LihatTutupKomentar
Cancel