60 IPT sertai Karnival. Jom Masuk IPT 2020



KUCHING: Sebanyak 60 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan menyertai Karnival Jom Masuk IPT 2020 Zon 7 Sarawak berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 22 hingga 23 Mac ini.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali, pihaknya sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan karnival tersebut.

“Kita meminta calon-calon yang ingin masuk ke universiti khusunya pelajar lepasa SPM dan STPM hadir ke program ini supaya mereka boleh mendapat maklumat daripada pempamer,” katanya semalam.

Beliau berkata, karnival berkenaan juga menawarkan aktiviti seperti Career Talk, Edu Tour, persembahan kebudayaan, pameran pembiayaan pendidikan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

“Kita juga mengajak ibu bapa, pelajar lepasan SPM dan STPM untuk bersama-sama menghadiri karnival ini supaya anak-anak dapat merebut peluang-peluang yang ditawarkan di universiti yang mereka minati,” katanya.

Menjelas lanjut tentang karnival tersebut, beliau menyatakan bahawa ia akan berlangsung bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Katanya, pihak juga mereka menyasarkan lebih 10,000 pengunjung membanjiri karnival dua hari itu berlangsung.
 
Pelajar lepasan SPM dan STPM yang hadir membawa slip keputusan peperiksaan serta dokumen berkaitan untuk memudahkan urusan permohonan dan semakan dilakukan nanti.
LihatTutupKomentar
Cancel