7 kes baru Covid-19 di Kuching

Tujuh lagi kes baharu 


KUCHING: Sarawak merekodkan tujuh lagi kes baharu positif COVID-19  menjadikan jumlah bilangan kes  keseluruhan 58 kes.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, kesemua kes baharu ini di rawat di Hospital Umum Sarawak.

"Kesemua mereka adalah dari Kuching, 4 dari Kluster Ijtimak, 2 dari Kluster Gereja dan 1 masih dalam siasatan.

"Makmal Hospital Umum Sarawak bertungkus lumus bagi menyelesaikan 
kesemua ujian makmal yang tertunggak sebelum ini.

"Daripada 714 jumlah keseluruhan Person Under Investigation (PUI), 58 kes adalah positif," katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan bencana negeri Sarawak telah mengambil 
keputusan bahawa semua pengusaha kedai makanan segera (KFC, Pizza  Hut, Sugar Bun, Mc Donald termasuk Pandu Lalu akan dihentikan sehingga  jam 8.00 malam termasuklah semua rangkaian supermarket.

Bagaimanapun, semua kedai serbaneka seperti 7 eleven, KK Mart dan  Stesen Minyak beroperasi seperti biasa. 

"Arahan ini berkuatkuasa bermula 21 Mac 2020.

"Saya ingin mengumumkan bahawa Sarawak Multimedia Authority akan membantu Jawatankuasa ini dalam Digital Tracking untuk mengesan kepada sesiapa yang telah dikenalpasti untuk menjalankan kuarantin di rumah dan Digital Mapping untuk mengenalpasti hotspot jangkitan COVID-19. 

"Perkara ini adalah membantu mereka untuk mematuhi syarat-syarat Kuarantin yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan daripada COVID-19 ini dari terus merebak," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel