Ambil ubat guna farmasi pandu lalu

SIBU: Hospital Sibu mengambil pendekatan menggunakan perkhidmatan farmasi pandu lalu untuk pesakit yang mengabil ubat.

Ketua Jabatan Farmasi Pesakit Luar Hospital Sibu Harry Chua Kheng Sin berkata, ia adalah sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, pesakit juga boleh menggunakan kemudahan penghantaran ubat (Medicine by post) untuk mendapatkan bekalan ubat mereka.

Katanya, kemudahan ini dapat menjimatkan masa kedua-dua pesakit dan pihak hospital di mana pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat mereka.

"Melalui cara sedemikian, kita dapat mengelak orang ramai daripada berada berhimpun dalam kelompok ramai ketika mengambil ubat.

"Ia juga menjimatkan masa berurusan dan pesakit juga boleh segera pulang ke kediaman masing-masing memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan. 

Untuk maklumat lanjut, pesakit boleh menghubungi Huong Ching Yeu atau Chieng Leh Siek di hospital Sibu di talian 084-343333 ext 1177 pada waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang tidak termasuk cuti umum dan hujung minggu.
LihatTutupKomentar
Cancel