Bantuan khas Sarawakku Sayang RM250

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan khas Sarawakku Sayang kepada 430,000 golongan berpendapatan rendah dan kumpulan B40.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tun Openg berkata, bantuan khas RM250 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM645 juta tersebut akan diagihkan selama tempoh enam bulan ekoran wabak COVID-19 yang melanda.

"Ia adalah antara 16 pakej bantuan khas Sarawakku Sayang yang memberi tumpuan untuk mengurangkan kesan COVID-19 dan melindungi kesejahteraan rakyat," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Selain itu katanya, barisan hadapan yang secara langsung terdedah risiko Covid-19 semasa menjalankan tugas mereka dalam menguruskan wabak di Sarawak turut menerima insentif bulanan khas selama 6 bulan.

Menurutnya, insentif RM300 diberikan kepada doktor perubatan, jururawat dan kakitangan perubatan, pegawai imigresen menguruskan pintu masuk (RM200), PDRM (RM200), ATM (RM200) dan RELA (RM200).
LihatTutupKomentar

10 Komentar

Cancel