Barang cukup, usah panik

KUCHING: Tiada pembelian panik di Sarawak ekoran penularan wabak Covid-19.

Gambar tular orang ramai yang berpusu-pusu membeli barang di pasar raya hanya kerana mereka tertarik dengan harga promosi dan diskaun yang ditawarkan pengurusan pasar raya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, barangan kegunaan harian mencukupi untuk keperluan rakyat negeri ini.

Menurutnya, gambar tular orang ramai membeli barangan dengan kuantiti yang banyak hanya kerana mereka membeli ketika tawaran harga rendah ditawarkan.

“Kami sentiasa memastikan barangan kegunaan harian mencukupi bagi keperluan semua orang," katanya pada sidang media selepas melawat sebuah pasar raya membeli belah hari ini.

Sarawak mencatatkan sembilan kes positif Covid-19 setakat ini, apabila enam kes dilaporkan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai membeli barangan mengikut keperluan.

Dalam pada itu katanya, pegawai penguat kuasa sentiasa memantau kedai-kedai yang menjual topeng dan pencuci tangan kering.
LihatTutupKomentar
Cancel