Bayaran PTPTN tangguh tiga bulan

KUCHING: Kerajaan bersetuju menangguhkan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan serta merta.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, selaras dengan penangguhan tersebut, semua peminjam PTPTN dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

Menurutnya, ia mengambil kira kesan wabak penyakit Covid-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan para peminjam.

“Kita sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

"Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan kini berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.
LihatTutupKomentar
Cancel