COVID-19, AS isytihar darurat


WASHINGTON, 14 Mac -- Presiden Donald Trump pada Jumaat  mengisytiharkan darurat dalam usaha negara itu mencegah penularan wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Anadolu. 

Langkah itu, menurut Trump, membolehkan beliau "menggunakan kuasa kerajaan persekutuan sepenuhnya," termasuk menyediakan dana US$50 bilion untuk membantu negeri dan kerajaan tempatan melaksanakan langkah-langkah pencegahan.

Terdapat lebih 1,600 kes disahkan di AS dengan 47 kematian, mengikut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel