COVID-19: BMC gantung perkhidmatan serta-merta

KUCHING: Borneo Medical Centre (BMC)
menggantung perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar dengan serta- merta berikutan seorang pesakit yang pernah dirawat telah meninggal dan disahkan positif COVID-19 semalam.

Kenyataan media yang dikeluarkan BMC hari ini,menyatakan penggantungan perkhidmatan adalah perlu untuk memudahkan pembersihan secara sepenuhnya.

 "Pesakit tersebut telah meninggal dunia pada 18 Mac dan hasil ujian melalui reaksi rantai polimerase (PCR)  adalah positif diterima pada 20 Mac,"katanya.

Katanya,semua kakitangan dan doktor yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit telah dikuarantin.

Jelasnya,perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar (termasuk kecemasan, bersalin dan pembedahan) digantung dengan serta-merta.  

"Kami akan meneruskan perkhidmatan seperti biasa pada 30 Mac ini jam 8.30 pagi,"katanya.

Katanya,penyusunan khas akan dibuat untuk pesakit rutin yang menjalani hemodialysis, kemoterapi dan radioterapi.
LihatTutupKomentar
Cancel