COVID 19: Jangan panik, keadaan masih terkawal
![]() |
Download book here |
PUTRAJAYA: Organisasi yang dikesan kes positif
coronavirus COVID-19, tidak perlu membuat penutupan pejabat, sebaliknya memadai
dengan mengambil langkah pencegahan kebersihan atau disinfeksi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
berkata pihaknya juga berharap supaya semua pihak dapat memberikan kerjasama
kepada kementerian untuk mendapatkan maklumat.
“Kementerian berharap semua pihak dapat bertenang dan
sentiasa bekerjasama dengan memberi maklumat yang tepat apabila dihubungi atau
dikenal pasti sebagai kontak rapat.
“Selain itu kementerian menasihatkan orang ramai supaya
tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh memberi kebimbangan kepada orang
awam.
“Buat masa ini, keadaan masih terkawal,” katanya dalam
sidang media harian COVID-19, di kementeriannya di sini hari ini.
Credit: www.beritaharian.com