Covid-19 : Penduduk Sarikei Patuhi Arahan
SARIKEI: Berikut arahan 'Perintah Kawalan Pergerakan' yang telah diumumkan malam semalam, suasana di Sarikei pagi ini agak lengang sedikit dari hari-hari biasa.
Beberapa premis perniagaan minuman, makanan, minuman dan perniagaan selain daripada kedai runcit ditutup.
Sementara itu tempat untuk membeli barang keperluan asas harian seperti Pasar Sentral Market, Market Basah Sg.Rajang, Open Air Market juga pusat-pusat perniagaan seperti Everwin, Nam Leong, Friendly, Gafu, Doremon dan lain-lain dibuka kepada orang ramai.
Awangku Khairuddin Bin Awangku Ibrahim, pengusaha Dayang Koleksi berkata 'Premis kami di Jalan Abdul Rahman tidak dibuka manakala dua buah kedai kami di Lorong Nenas 2 ditutup sepenuhnya".
Manakala Mohamad Fadhullah , 31 , penjawat awam ketika ditemui berkata "Beliau menyambut baik pelaksanaan arahan 'Perintah Kawalan Pergerakan'' yang dilakukan oleh pihak kerajaan demi mengekang dan mengawal aktiviti-aktiviti larangan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini berikut peningkatan penularan COVID-19"
Tinjauan pagi tadi mendapati kebanyakan premis-premis perniagaan makanan dan minuman mengambil kesempatan untuk mencuci segala alatan seperti meja, kerusi, gelas dan sebagainya untuk mengambil langkah-langkah kebersihan di premis mereka.
Antara langkah-langkah kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan adalah pejabat-pejabat kerajaan ditutup mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 kecuali jabatan atau agensi yang menyediakan "essential services' dibenarkan beroperasi.
Bagi premis perniagaan seperti kilang-kilang juga diarahkan ditutup kecuali yang menjalankan "essential services" dibenarkan beroperasi.
Untuk restoran dan kedai-kedai makanan juga minuman pula dibolehkan beroperasi namun orang ramai tidak dibenarkan untuk makan/minum di dalam premis-premis tersebut.