Covid-19 : Sarawak catat dua lagi kematian hari ini
KUCHING - Sarawak hari ini mencatatkan dua (2) kes kematian dan menjadikan jumlah
kematian sebanyak 7 kes.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata kedua- dua kes kematian ini masing-masing di
Hospital Umum Sarawak (1) dan Hospital Miri (1).
Manakala terdapat Enam (6) kes baharu positif COVID-19, menjadikan
jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 135 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.
Kesemua 6 kes baharu ini dirawat di Hospital
Umum Sarawak (3), Hospital Miri (2) dan Hospital Sibu (1).
Pada hari ini, sebanyak 50 kes baharu Person Under Investigation (PUI)
dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,176 kes.
Daripada
jumlah itu, 977 kes adalah negatif dan 64 kes PUI masih menunggu
keputusan makmal.
Sehingga kini, Sarawak telah merekodkan 7 kematian sejak kes pertama
dilaporkan pada 17 Mac 2020 dan 9 kes telah discaj dari hospital.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan juga berkata hari ini sudah masuk hari ke-13 tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan, pihak Polis telah melaporkan sebanyak 95% rakyat Sarawak telah mematuhi tempoh PKP. Semalam pihak Polis telah membuat 67 tangkapan dengan jumlah keseluruhan tangkapan sebanyak 229 kes.
Pada hari ini sebanyak 31 kes telah dituduh dengan jumlah keseluruhan adalah 56 orang. Selebihnya masih lagi dalam siasatan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berpesan
kepada rakyat Sarawak yang sedang berada di luar Sarawak, harap mereka terus bersabar di sana kerana berjauhan dari keluarga dan tidak dapat balik menziarahi keluarga tersayang disini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini selesai.
Sama-samalah menjaga diri dan sentiasa
menjaga kebersihan serta mematuhi apa-apa arahan Kerajaan.