Covid-19: Satu lagi kematian - KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Satu lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia adalah 11 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi catatan laman Facebook rasmi beliau, kes kematian ke-11 itu (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun, dengan latar belakang penyakit kronik.

"Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM (Kementerian Kesihatan) juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan pengerusi surau kawasan setempat beliau.
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel