Dr Sim tinjau wad Covid-19
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus membantu rakyat yang berhadapan dengan risiko Covid-19.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, kesihatan rakyat menjadi keutamaan ketika negara dilanda penularan Covid-19 sekarang.
"Walaupun kesihatan di bawah senarai Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Sarawak turut aktif membantu.
"Saya amat yakin bahawa rakan sejawat kesihatan akan memberi yang terbaik,"" katanya menerusi hantaran facebook.
Beliau mengadakan, lawatan di Hospital Umum Sarawak meninjau penularan wabak Covid-19.
Menurutnya, semua pihak harus memerlukan kesabaran, bantuan dan sokongan daripada orang ramai walaupun kekurangan tenaga pakar.