JBALB tutup kaunter

 

KUCHING: Susulan penularan jangkitan wabak Covid-19 di negeri ini, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak akan menutup operasi pentabirannya di Ibu Pejabat JBALB Sarawak dan semua Pejabat JBALB Bahagian bermula 23 Mac 2020 (Isnin) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa).

Penutupan itu dibuat sejajar dengan Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bil. 6. Tahun 2020 bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan kerajaan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Namun JBALB dalam kenyataan memaklumkan, operasi di semua loji rawatan air dan stesen pam penggalak di seluruh negeri Sarawak adalah berjalan seperti biasa.

Kenyataann JLBAB menambah, kakitangan akan tetap berada dalam keadaan sedia untuk kembali ke pejabat sekiranya terdapat urusan penting yang perlu dilaksanakan.

Orang awam boleh berhubung dengan pihak JBALB menerusi Facebook rasmi JBALB Sarawak atau di Hotline seperti yang berikut.

JBALB Bahagian Kuching di talian 011-33027118, 016-8521523 ((Whatsapp sahaja). JBALB Bahagian Samarahan 010-2820750 (Whatsapp sahaja)., Bahagian Serian 013-3361566 (Whatsapp sahaja) , Bahagian Sri Aman 083-323240, Bahagian Betong 011-55012636, Bahagian Sarikei 084-657980, Bahagian Sibu FB Rakan JBALB Bahagian Sibu, Bahagian Kapit 084-796135, Bahagian Mukah 011-10400605, Bahagian Bintulu 012-9193428 dan 016-8618527, Bahagian Miri 014-8820032 dan 013-8090243 (Whatsapp sahaja), dan Bahagian Limbang 016-745 5043 (Whatsapp sahaja).
LihatTutupKomentar
Cancel