Kaunter Sarawak Energy tutup


KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mengesahkan menutup operasi semua kaunter perkhidmatan pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kini.

Sehubungan itu,  pengguna menggunakan perkhidmatan atas talian dengan memuat turun aplikasi mudah alih ‘SEB cares’ yang boleh didapati di Play Store atau App Store atau melalui https://sebcares.sarawakenergy.com.my/

SEB dalam kenyataan berkata, aplikasi tersebut dapat membantu proses pembayaran bil, atau untuk tujuan melaporkan sebarang isu teknikal serta membuat sebarang pertanyaan.

“Pembayaran bil juga boleh dilakukan menerusi platform dalam talian lain seperti perbankan dalam talian, Sarawak Pay, Boost dan JomPay,” katanya.

SEB berkata, semua perkhidmatan penghantaran bacaan meter dan penghantaran meter juga akan berhenti dengan serta-merta dan tarikh penghantaran ia diteruskan juga akan diumumkan kelak.

“Bagaimanapun, pasukan fungsi kritikal termasuk pasukan teknikal masih beroperasi untuk memastikan adanya bekalan elektrik kekal untuk semua pengguna,”jelasnya.

Manakala bagi kios pembayaran yang terletak di pusat khidmat pelanggan Kuching (Saradise), Bintulu dan Miri masih akan beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam setiap hari.
LihatTutupKomentar
Cancel