Klinik Pernafasan di Stadium Tertutup Kuching
KUCHING: Kerajaan Sarawak membuka Klinik Pernafasan di Stadium Tertutup Kuching yang telah beroperasi hari ini.
Kemudahan klinik sementara tersebut menempatkan individu yang mengalami demam, batuk dan masalah pernafasan lain.
Klinik tersebut dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, klinik berkenaan diharap dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan di hospital kerajaan.
"Dengan adanya klinik ini dapat mengurangkan masalah kesesakan di hospital serta mengelak orang awam bercampur dengan mereka yangd isyaki Covuid-19," katanya selepas melawat klinik berkenaan hari ini.
Uggah berkata, setiap individu yang berkunjung ke klinik sementara tersebut akan diperiksa suhu badan termasuk menjaga jarak antara satu sama lain.
Menurutnya, perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma.
