Parah ditembak pukul orang gila



SIBU: Seorang lelaki parah dipercayai ditembak menggunakan senjata api di hadapan kedai Paradom petang tadi.

Mangsa dikatakan memancing di hadapan kedai tersebut sebelum diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental.

Difahamkan punca disebabkan pergaduhan mangsa dengan seorang lelaki (dipercayai kurang siuman) sebelum itu.

Mangsa didakwa memukul lelaki kurang siuman itu di bahagian badan dengan kayu kerana mengganggunya memancing.

Lelaki itu dibawa oleh saudaranya ke rumah, kemudian datang sekumpulan lelaki menyerang mangsa dengan memukul kereta menggunakan objek tajam serta melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan bahu kiri dipercayai kesan daripada tembakan senapang patah, peluru jenis penabur. 

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah telah memandu sendiri untuk mendapatkan rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Menurut Stanley, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan boleh bercakap.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan masih dalam siasatan polis.

Mangsa sedang dirawat di wad kecemasan
LihatTutupKomentar
Cancel