Lima kes positif hari ini
KUCHING: Sarawak merekodkan lima kes baharu positif Covid-19, menjadikan kes keseluruhan 87 kes.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, Hospital Umum Sarawak mencatatkan dua kes, Hospital Sibu (2) dan Hospital Miri (1).
"Pada hari ini, sebanyak 52 kes baru Person Under Investigation (PUI) jangkitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 879 kes.
Daripada jumlah itu, 735 kes adalah negatif dan 57 kes PUI masih menunggu keputusan makmal," katanya.
Sarawak mencatatkan lima kes kematian setakat ini.
Beliau berkata, sehingga kini, Sarawak telah merekodkan lima kematian sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac lalu.
