Loji Pengerang Refining and Petrochemical terbakar


JOHOR BAHRU, 16 Mac -- Loji Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) hari ini disahkan terbakar dan berlaku letupan kira-kira pukul 10.50 malam tadi di Kompleks Petrolium Bersepadu Pengerang (PIPC), dekat Kota Tinggi.

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini menyatakan Pasukan Tindakan Kecemasan telah digerakkan dan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan.

"Keadaan masih terkawal. Keutamaan kami adalah keselamatan orang ramai dan alam sekitar buat masa sekarang,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Syarikat berkenaan akan menyediakan maklumat tambahan dalam masa terdekat dan apabila diperoleh.

PRefChem adalah pakatan strategik dua syarikat minyak terbesar di dunia - Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), syarikat minyak milik negara dari Malaysia, dan Saudi Aramco, syarikat minyak negara dari Arab Saudi.
-- Bernama

Video amatur di sini. 
LihatTutupKomentar
Cancel