Masing nafi kerjasama dengan PAS


KUCHING, 11 Mac: Parti Rakyat Sarawak (PRS) menafikan sudah mengadakan perbincangan dengan parti Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) mengenai strategi melawan Pakatan Harapan (PH) pada 
Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang akan diadakan di Sarawak.

Ini berikutan viralnya di media sosial gambar Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing duduk bersebelahan Presiden PAS, Dato Seri Hadi Awang dan berbincang sesuatu ketika majlis angkat sumpah menteri kabinet kerajaan pusat baharu-baharu ini.

"Saya duduk bersebelahannya kerana beliau ketua parti PAS, saya juga bertanya samada beliau akan mengangkat sumpah sebagai menteri dan beliau berkata tidak sekarang ini dan mungkin selepas ini, itu kami bincangkan," katanya selepas menyampaikan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh lebih RM336,000 kepada 35 organisasi di Bangunan Baitullmakmur, Petra Jaya, di sini, hari ini.


Berikutan tidak membincangkan mengenai PRN-12, Masing sehubungan itu berharap PAS yang dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak akan melawan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang disertai PRS pada pilihan raya itu nanti.

"Saya berharap tidak ( berlaku PAS melawan GPS) kerana kami dalam rumah panjang yang sama , saya fikir kami tidak patut berlawan antara satu sama lain,"katanya.

Selain PAS, Beliau juga berharap parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN) tidak menyimpan hasrat bertanding dalam PRN-12 dan ini boleh memberikan kelebihan kepada GPS.

Masing menjangkakan yang akan menjadi lawan utama kepada GPS pada PRN-12 ialah Parti Tindakan Demokratik ( DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
tamat

keterangan gambar:
1. Tan Sri James Masing (tangah) bersama sebahagian wakil pertubuhan yang menerima Geran MRP Fasa 1 DUN Baleh di Bangunan Baitullmakmur, Petra Jaya, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel