Masir dakwa tolak tawaran kabinet


KUCHING: Tolak jawatan kerana tiga faktor. Itu yang berlaku kepada Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat mendakwa tiga faktor punca terpaksa menolak jawatan menerusi kabinet baharu yang diterajui Perdana Menteri Mahyuddin Yassin.

Masir Kujat adalah dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam kawasan Parlimen Sri Aman pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Bekas Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) tersebut menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang dulu dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP). 

Masir berkata, dia menolak tawaran menyertai kabinet kerana bimbang menimbulkan rasa kecewa kalangan penyokong terutama pengundi kawasan Parlimen Sri Aman.

Tegasnya, dia boleh dipecat daripada PSB jika menerima tawaran sekali gus menyebabkan keyakinan penyokong pudar.

Berbeza cerita dengan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang sudah dilantik, namun menolak kabinet baharu diterajui Muhyiddin Yassin atas faktor jawatan dalam parti.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu menolak jawatan berkenaan selepas  Majlis Tertinggi PDP sebulat suara pada Isnin menolak jawatan tersebut.

Tiong, yang telah menjadi Ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal, dilantik oleh Muhyiddin sebagai timbalan menteri perpaduan negara.

Dia satu-satunya yang dilantik tidak menghadiri majlis akad sumpah di Istana Melawati di Putrajaya semalam.

Timbalan Presiden PDP Datuk Nelson Balang Rining berkata, jawatan itu tidak sesuai untuk disandang oleh  Tiong yang memegang jawatan sbeagai Presiden PDP.

"Jawatan itu tidak sepatutnya untuk jawatan presiden parti. Tiong sangat senior dari segi kedudukannya dalam parti dan juga telah lama berkhidmat sebagai anggota Parlimen," katanya. 

Tiong dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau adalah dua orang ahli Parlimen PDP.

PDP adalah sebahagian daripada komponen GPS yang menyokong kerajaan gabungan Muhyiddin menerusi Perikatan Nasional (PN).

Pada Isnin, Muhyiddin mengumumkan senarai barisan kabinet Kerajaan Persekutuan yang menyaksikan sembilan daripanya adalah Ahli Parlimen dari Sarawak.

Daripada jumlah itu, empat dilantik sebagai menteri penuh manakala empat adalah timbalan menteri.

Dalam senarai itu, Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik menjadi Menteri Kanan dan Menteri Kerja Raya.

Selain itu, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar,  Dato’ Sri Hajah Nancy  Haji Shukri dan Datuk Alexander Nanta Linggi  dilantik menjadi menteri.

Manakala, Datuk Aaron Ago Dagang, Dato’ Henry Sum Agong, Dato anifah Hajar Taib-Alsree dan Hasbi Habibollah dilantik menyandang tugas sebagai Timbalan Menteri.
LihatTutupKomentar
Cancel