Mayat kanak-kanak lemas di Kampung Buntal dijumpai

KUCHING: Mayat kanak-kanak lemas 
ketika memancing bersama dua rakannya
di sungai Kampung Buntal, di sini, Isnin lalu dijumpai petang ini.

Mangsa Zainul Arif Jalani, 11, berasal dari Kampung Meludam, Pusa, dijumpai jam 3.50 petang oleh penduduk kampung yang turut bersama agensi penguatkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat terbabit dijumpai pada jarak 2.5 kilometer dari Pos Kawalan Bomba(PKB).

Dalam kejadian jam 5 petang Isnin lalu,mangsa jatuh sebelum hanyut dibawa arus lalu tenggelam.


Operasi SAR selama tiga hari disertai 
Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan orang awam yang terdiri dari komuniti nelayan setempat.

Gambar ihsan   PGO dan Haji Badaruddin
LihatTutupKomentar
Cancel