Orang Sibu diminta patuh larangan
SIBU: Lebih ramai orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) untuk menyekat penyebaran COVID-19 di sini hari ini.
Ia lebih baik berbanding hari pertama MCO dilaksanakan tetapi pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting Ing Horgh berkata, dia masih belum gembira dengan keadaan itu.
"Apa yang saya mahukan adalah pematuhan sepenuhnya," katanya ketika diminta melalui laman Facebooknya.
Beliau berkata kedai kopi adalah lebih baik hari ini kerana banyak pemilik menutup kedai mereka.
Malangnya, katanya, beberapa kilang dan pejabat curi-curi bekerja seperti biasa.
"Bagaimana saya boleh gembira?" soal beliau.
Beliau bimbang sikap sedemikian mungkin akan menyebabkan penyebaran wabak itu semakin buruk sehingga membawa kepada tindakan 'lockdown' dilaksanakan dan akan menimbulkan kesulitan kepada semua pihak.
"Itu yang membuatkan saya tidak boleh tidur," katanya.
Ting telah turun padang untuk menasihati komuniti perniagaan yang berada di bawah bidang kuasa MPS untuk menutup perniagaan mereka dan menasihatkan orang ramai untuk tinggal di rumah semasa tempoh MCO.
2 Komentar
-
BapakKau March 21, 2020 at 1:58 PM Sibu gangster ma. Kalau kena Covid tak payah tolong. Gangster pun bukanya tolong orang selama ini susahkan orang saja. -
Destiny March 23, 2020 at 6:24 PM This comment has been removed by the author.