Pembidaan nombor siri QAB....A

KUCHING, 3 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan membuka pembidaan nombor pendaftaran menarik siri QAB....A bagi kawasan Kuching secara atas talian di JPJeBid pada 5 Mac ini.

Manakala pembidaan atas talian tanpa orang tengah terbabit akan ditutup pada 9 Mac depan dan keputusan pembidaan akan dikeluarkan pada 10 Mac depan. 

"Orang awam yang ingin membuat proses bidaan di JPJeBid boleh melayari portal https://jpjebid.jpj.gov.my untuk pendaftaran sebagai pembida," menurut laman web jabatan itu di laman facebooknya hari ini.

Jabatan terbabit menjelaskan orang ramai boleh mencari, membida dan membayar sendiri dalam tempoh bidaan dibuka melalui https://jpjebid.jpj.gov.my yang mesra, pantas dan segera.

JPJeBid merupakan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh JPJ Malaysia.

Kaedah pembayaran ‘cashless’ sahaja dengan kad debit atau kad kredit serta tertakluk pada terma dan syarat.
tamat 

keterangan gambar:

1.Poster pembidaan nombor pendaftaran menarik siri QAB....A bagi kawasan Kuching secara atas talian di JPJeBid yang akan dibuka 5 Mac depan di laman facebook JPJ Negeri Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel