Petronas diminta akur keputusan Mahkamah
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, Petronas diharap tidak mengemukakam rayuan dan tindakan lain di mahkamah.
Menurutnya, Petronas perlu akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang jelas berlandaskan undang-undang.
Kerajaan Sarawak mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat lalu, apabila menolak permohonan Semakan Kehakiman oleh Petronas untuk mencabar hak Sarawak dalam mengenakan SST ke atas produk petroleum.
Pendirian kerajaan Sarawak adalah kekal untuk mengenakan SST dan ini terikat dalam Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Laporan IGC).
Keputusan tersebut memberi manfaat kepada Kerajaan Sarawak untuk agenda pembangunan untuk rakyat.
Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali baru-baru ini berkata, harapan Kerajaan Sarawak agar Petronas tidak mengemukakan rayuan dan terus membayar Cukai Jualan ini.
Menurutnya, mahkamah memutuskan bahawa Sraawak mempunyai hak undang-undang dan perlembagaan untuk mengenakan SST.
"Hak ini diberikan kepada kami berdasarkan Perkara 95B (3) Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perjanjian Malaysia 63 dan Laporan IGC.
"Saya harap Petronas akan menerima keputusan ini dan membayar Cukai Jualan Dan Bukan untuk Rayuan.
Hak kami di bawah Perlembagaan Malaysia dan hak kami di bawah Perjanjian Malaysia 63 dan di bawah Laporan IGC (Laporan Jawatankuasa Inter-Governmental)," katanya.