PM beri jaminan keperluan harian cukup

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.

Beliau mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.

"Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan ini.

"Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita,
masyarakat kita dan negara kita.

"Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan
panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan
langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat," katanya menerusi Perutusan Khas COVID-19 malam ini.

Beliau berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak COVID-19.

"Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan perkembangan situasi wabak Covid-19
dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.


Beliau memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. 

Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.

Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah
Kawalan Pergerakan ini. 

Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita,
masyarakat kita dan negara kita.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan
Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi
wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan
memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19
dari semasa ke semasa.
LihatTutupKomentar
Cancel