Remaja lemas ketika mandi sungai di Kampung Bintangor

KUCHING:Seorang remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Kampung Bintangor,di sini,petang ini.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 5.40 petang.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kuching menerima panggilan mangsa hilang selepas aktiviti mandi bersama dua rakannya di ponton Kampung Bintangor,"katanya di sini hari ini.

Katanya, menurut saksi mangsa adalah seorang remaja lelakk berumur dalam lingkungan 17 tahun.

"Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) juga telah diarah untuk digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat(SAR).
LihatTutupKomentar
Cancel