Remaja tunggang motosikal secara berbahaya ditahan

KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja berusia 16 tahun yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kota Samarahan, di Jalan Kampung Baru,di sini,malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan,Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata,remaja berkenaan menunggang motosikal jenis Modenas  memakai baju lengan panjang berwarna hijau, seluar panjang berwarna hitam dan helmet biru.

"Tindakan remaja ini membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya,tangkapan bersama motosikal dibawa ke balai trafik IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 42(1)APJ 1987.

"Dua lelaki berusia 16 dan 24 tahun yang diperiksa juga didapati positif dadah jenis syabu.

"Kedua-dua mereka ditahan di bawah  Seksyen15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya(ADB)1952,"ujarnya.


Lee berkata,sebanyak 70 buah motosikal disita dan sebanyak 50 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

"70 buah motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987,"jelasnya.

Operasi yang diadakan mulai jam 10 malam hingga jam 7 pagi tadi membabitkan 46 anggota lain-lain pangkat IPD Kota Samarahan.
LihatTutupKomentar
Cancel