RHB Islamic Bank Yung Kong ditutup sementara

KUCHING: RHB Banking Group (RHB) memaklumkan bahawa RHB Islamic Bank Cawangan Yung Kong di Kuching, Sarawak akan ditutup sementara mulai hari ini hingga 31 Mac ini.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Dato' Khairussaleh Ramli berkata, salah seorang kakitangan di RHB Islamic Bank Cawangan Yung Kong adalah pasangan ahli keluarga terdekat kepada ibu dan anak perempuan yang telah meninggal dunia akibat COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 “Pekerja itu kini di kuarantin di rumah sejak 18 Mac lalu.

 "Kami mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan para pelanggan, kakitangan dan komuniti kami,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,aktiviti pembersihan dan sanitasi akan dilaksanakan mengikut garis panduan KKM.

 “Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pekerja RHB dari cawangan ini, kecuali mereka yang mengurus Pusat Pengagihan Tunai, telah diletakkan di bawah kuarantin rumah selama 14 hari,"ujarnya.

Beliau memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tidak ada gangguan terhadap perkhidmatan perbankan yang timbul daripada penutupan ini.

“Pelanggan RHB Islamic Bank Cawangan Yung Kong boleh pergi ke Cawangan RHB Bank terdekat untuk menjalankan transaksi perbankan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kami menggalakkan semua pelanggan menggunakan perkhidmatan Internet dan perbankan mudah alih kami serta terminal layan diri untuk melakukan transaksi perbankan, termasuk ATM, mesin deposit tunai dan mesin deposit cek," katanya.

 
LihatTutupKomentar
Cancel