Samsung Malaysia tawar khidmat sanitasi telefon bimbit
KUCHING - Samsung Malaysia menawarkan perkhidmatan sanitasi telefon bimbit kepada semua pengguna di pusat khidmat dan kedai Samsung Experience di seluruh negara.
Mana-mana pelanggan tidak kira apa model telefon bimbit akan dibersihkan menggunakan lampu UV-C untuk sanitasinya tanpa menggunakan bahan kimia.
Menurut Samsung, mereka telah menguji alat sanitasi tersebut untuk pastikan lampu UV-C tidak jejaskan telefon bimbit pengguna.
Bagaimanapun, peralatan itu daripada pihak ketiga dan kesannya mungkin berlainan bergantung pada pasaran dan model telefon.
Anda juga boleh sanitasi Samsung tablet dan Galaxy Smart Watch namun hanya di The Garden dan Pavilion mall di Kuala Lumpur.
Mengikut garis panduan dikeluarkan US Centers for Disease Control and Prevention (CDC), sebagai langkah pencegahan penyebaran wabak COVID-19, orang ramai diminta untuk membersihkan semua permukaan yang sering disentuh seperti telefon, papan kekunci dan tombol pintu setiap hari.
Jom bersihkan hp kita dan paling penting basuh tangan selalu guna sabun atau hand sanitizer. 👍