Sarawak ada hak mencukai SST
KUCHING: Hari bersejarah buat rakyat Sarawak. Permohonan Petronas untuk Semakan Kehakiman terhadap hak Kerajaan Sarawak mengenakan cukai Jualan SST ditolak.
Mahkamah memutuskan bahawa Sarawak ada hak untuk mengenakan Cukai Jualan terhadap barangan Petroleum.
Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, harapan Kerajaan Sarawak agar Petronas tidak mengemukakan rayuan dan terus membayar Cukai Jualan ini.
Menurutnya, mahkamah memutuskan bahawa Sraawak mempunyai hak undang-undang dan perlembagaan untuk mengenakan SST.
"Hak ini diberikan kepada kami berdasarkan Perkara 95B (3) Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perjanjian Malaysia 63 dan Laporan IGC.
"Saya harap Petronas akan menerima keputusan ini dan membayar Cukai Jualan Dan tidak membuat Rayuan.
Hak kami di bawah Perlembagaan Malaysia dan hak kami di bawah Perjanjian Malaysia 63 dan di bawah Laporan IGC (Laporan Jawatankuasa Inter-Governmental)," katanya.