Scammer menyamar Temenggong Sarikei


SARIKEI: Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang Ahli Majlis Daerah Sarikei apabila seorang scammer cuba untuk meminjam duit daripada beliau awal pagi tadi.

Cr Zaidi Yak, berkata beliau telah dihubungi seorang individu menggunakan aplikasi whatsapp menggunakan gambar profil Temenggong Sarikei iaitu Tuan Haji Awang Ibrahim Bin Awang Hussin.

Ketika kejadian berlaku, Zaidi berada di rumahnya dan beliau menerima mesej yang berbentuk meminta pinjaman wang sebanyak RM4,900 dan scammer berjanji akan menjelaskan wang pinjaman tersebut selepas waktu Asar.

Jelasnya lagi, scammer menggunakan nombor 0111 515 5790 dan pengadu sendiri mempunyai nombor telefon bimbit Temenggong Sarikei.

Zaidi sememangnya sedar mesej tersebut adalah dari scammer, lalu beliau terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan mesej-mesej yang berbentuk penyamaran menggunakan gambar profil orang lain dan perlu menyelidik sebelum membuat tindakan.
LihatTutupKomentar
Cancel