Stesen minyak, kedai 24 jam tutup 7 malam

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengesahkan semua kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak ditutup mulai 7 malam hingga 7 pagi.

Mesyuarat hari ini turut memutuskan semua pasar raya hyper, pasar raya, pasar, kedai kopi, klinik swasta dan restoran ditutup dalam tempoh yang sama.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, arahan dikeluarkan untuk dilaksanakan di seluruh negeri bagi menghentikan pergerakan awam.

"Arahan ini berkuat kuasa dari 24 Mac 2920 hingga 31 Mac, 2020.

"Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan
semua yang membantu dalam penguatkuasaan operasi semasa seperti polis, tentera, pekerja perubatan dan pegawai imigresen," katanya,

Beliau berkata, arahan tersebut salah satu strategi jawatankuasa untuk memerangi COVID-19 dari terus menular.

Mengenai isu lain katanya," semua pasar raya, pasar raya besar, pasaran, farmasi dan klinik swasta kini dikehendaki melakukan penjarakan sosial di masing-masing premis.

"Pihak polis akan menyemak pelaksanaan secara rawak. Pemiliknya juga dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan suhu pada pelanggan mereka dan untuk menyediakan
hand sanitizer," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel