Stesen Pengawasan Air Sungai diceroboh, dua ditangkap


KUCHING: Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat memecah masuk Menara Stesen Pengawasan Air Sungai Kampung Sebuak, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, berdasarkan pegawai yang bekerja di stesen tersebut barangan yang hilang ialah empat unit bateri dan seunit kompressor.

Menurutnya, kehilangan barangan tersebut  menyebabkan stesen itu tidak dapat berfungsi.

"Bertindak atas laporan itu, pengadu mengetuai sepasukan polis JSJ IPD Padawan bertempat di tepi bangunan Maybank Kota Sentosa telah menahan sebuah kereta jenis Proton Saga Warna Hitam jam 12.20 tengah hari ini.

"Dua suspek lelaki  berusia 33 dan 41 tahun.Turut dirampas adalah barang-barang yang disyaki curi,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, barangan yang dirampas ialah 
seunit Air Compressor Jenama Two Start, seunit Water Pressor jenama DAB Model PC31 dan kereta yang digunakan suspek.

"Kedua-dua suspek tidak mengaku mencuri barang tersebut dan memberitahu barangan tersebut milik lelaki bernama Dedek yang menyuruh kedua suspek untuk menjual barangan berkenaan,"katanya.

Suspek akan direman mulai esok untuk tindakan lanjut, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
LihatTutupKomentar
Cancel