Strategi Media Era Muhyiddin Yassin
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
Kemelut politik dianggap telah berakhir dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan Malaysia.
Maka memanfaatkan secara maksimum platform media adalah bermula daripada titik ini ke depan.
Laporan berita sejarah hanya akan digunapakai sebagai penguat kepada laporan semasa.
Keutamaan laporan semasa adalah laporan LEADER bukan FOLLOWER.
Ini adalah faktor penentu utama yang membezakan sesuatu media dengan yang lain.
Laporan semasa dan akan datang mestilah laporan yang berimpak tinggi, yang boleh dimanfaatkan secara maksima, dengan keutamaan ditujukan khusus merujuk kepada orang nombor satu Malaysia iaitu Muhyiddin.
Berikut adalah draf awal jadual perancangan strategi.
1. TSMY memerlukan WATCHDOG media. Memerlukan pegawai khas media yang mahir mengenainya (bukan setakat tahu).
2. Selama 22 bulan TSMY dalam kerajaan PH. Diberi peluang atau tidak? Berjaya atau gagal? Kenapa keluar dari PH dengan parti sekali?
3. Fokus keutamaan PM ke-8 adalah masalah rakyat. Kenaikan harga barang, kos sara hidup, kebimbangan turunnya nilai ringgit ke arah rupiah, dan lain-lain. Semuanya adalah yang GAGAL diselesaikan oleh kerajaan dan Perdana Menteri terdahulu.
4. Keutamaan tindakan PM ke-8. Manifesto PH jika memenangi PRU ke-14 terbukti retorik dan memperdaya rakyat sehingga diberi gelaran PAKATAN HANCING kerana rakyat berasa seperti dikencing oleh PH. Termasuklah TSMY selqma 22 bulan didalamnya. Maka pilihan TSMY adalah menunaikan janji manifesto PH atau menjanjikan dan menunaikan manifesto baru. Pilihan kedua adalah yang terbaik, tidak dibayangi oleh DAP dan kegagalan PH.
5. Tindakan pertama, 1-1, melegakan rakyat adalah dengan menggunakan dan melancarkan sistem online kira indeks pendapatan (SOKIP) bagi memudahkan rakyat mengetahui sasaran untuk mereka keluar dari kemiskinan serta agensi berkaitan untuk membantu golongan sewajarnya tanpa keciciran.
6. Tindakan 1-2, mentakrifkan semula garis kemiakinan dan merekodkan pengkalan data rakyat miskin pada kedana. Sebelum ini dirujuk sebagai B40, tetapi tidak diketahui pun siapa dia.
7. Tindakan 1-3, 1-4, dan seterusnya.
8. Tindakan kedua, 2-1, mengumumkan pemberian terus bantuan dan subsidi terus kepada sasaran. Seperti sunsidi minyak, bantuan nelayan petani pekebun dan lain-lain.
9. Tindakan 2-2, penglibatan semua pihak dalam membantu rakyat miskin. Misalnya kompleks niaga, syarikat gergasi seperti Mydin, Giant dan lain-lain. Secara terus dengan sasaran.
10. Tindakan ketiga, 3-1, menstruktur semula kutipan dan agihan bantuan zakat dan baitulmal agar tiada isu salahguna, keciciran bantuan atau tidak membantu golongan miskin keluar dari kemiskinan.
11. Mengubah falsafah konsep ekonomi negara daripada negara BERENDAPATAN TINGGI kepada negara BERNILAI TINGGI.
.... dan banyak lagi...
Penulis adalah penerima Ahli Mangku Negara, Tokoh Wartawan Rakyat dan Anugerah Kajai 2014
Habis