Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu kesal difitnah


SIBU: Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Robert Lau Hui Yew kesal menjadi mangsa fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ia ekoran tular posting individu mendakwa penduduk flat Sibu Jaya mendakwa MDLBS 'merembat' bantuan kerajaan.

Menurutnya, sumbangan barangan makanan yang diagihkan menerusi pusat pengumpulan melalui Pejabat Residen.

Hui Yew menjelaskan, sumbangan derma daripada orang ramai tidak harus dipolitikkan terutama ketika negara berdepan krisis yang melanda sekarang.

Berikut jawapan  balas Lau Hui Yew berhubung fitnah dilemparkan ke atasnya.:

"Ini bukan politik. Semasa ucapan pendek saya diminta oleh wakil Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak  Sibujaya (yang bertindak sebagai penyelaras di kalangan penduduk) untuk mengatakan bagi pihak penderma, dia tidak mahu saya bercakap tentang politik, atau mengenai GPS. Ini tidak ada kaitan dengan GPS atau parti politik.

"Ini bukan acara atau inisiatif MDLBS walaupun saya adalah Timbalan Pengerusi MDLBS dan aktif di Sibujaya.

"Wakil-wakil dari Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Malaysia turut bercakap. Mereka tidak menyentuh politik. Kedua-duanya mengucapkan terima kasih kepada penaja, berkata Kerajaan Negeri akan membantu mereka juga kemudian meminta semua orang untuk mematuhi undang-undang yang ada sekarang.

"Pembekal gagal memenuhi permintaan. Ada yang tidak mendapat telur kerana hanya separuh saja jumlah dijanjikan yang dibekalkan.

"Saya tidak pasti apabila pembekal dapat menghantar dan bagaimana ia akan diedarkan kemudian. Dalam masa-masa sukar begini apabila ramai orang yang memerlukan bantuan, sebarang bantuan sangat dihargai.

"Saya ikhlas mengucapkan terima kasih kepada individu yang baik untuk bertindak segera dan menaja sumbangan.

"Kepada mereka yang memerlukan bantuan, sila hubungi Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anda juga boleh mesej saya secara peribadi dan saya berusaha melihat apa yang boleh saya lakukan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel