Ubah cara pengiraan cukai
Ubah cara pengiraan cukai
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
Pengiraan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar diubah, sewajarnya cukai dikenakan terhadap lebihan pendapatan mengikut formula baru Sistem Online Kira Indeks Pendapatan (SOKIP).
Di Amerika Syarikat, orang awam hantar penyata kewangan bank ke agensi cukai dan pengiraan berdasarkan untung rugi daripada pendapatan bulanan. Bukan seperti negara kita main "pukul rata" sahaja.
Contohnya, seorang yang tinggal dibandar dengan gaji RM3,000 sebulan tetapi menanggung isteri tidak kerja dan lima anak masih sekolah.
Gaji minimanya mengikut SOKIP adalah RM7,800 sebulan.
Bermakna dia adalah miskin walaupun gajinya RM3,000 sebulan dan dia memerlukan gaji minima RM7,800 untuk keluar dari kemiskinan.
Pendapatan tahunan mengikut gaji minima SOKIP sepatutnya RM93,600 setahun tetapi sekarang pendapatan tahunannya hanyalah RM36,000 setahun dan dikenakan cukai.
Sepatutnya dia tidak dikenakan cukai kerana masih dibawah paras gaji minimanya.
Bagaimanapun jika gaji RM3,000 sebulan dengan tanggungan lima anak tinggal di luar bandar (indeks 0.2) atau pedalaman (indeks 0.4), dia tidak berada dalam garis kemiskinan.
Bagi digunakan sebagai standard cukai pendapatan, pendapatan yang tidak melebihi gaji minima tidak seharusnya dicukai.
Untuk rekod, SOKIP adalah sistem online anak tempatan yang formulanya diperakui berkesan dalam mengira gaji minima untuk keluar dari garis kemiskinan oleh pakar ekonomi dari beberapa universiti tempatan.
Ketika ini semua orang awam dicukai mengikut gaji yang diterima bukan pendapatan sebenarnya walaupun disebut dirujuk sebagai pendapatan.
Pendapatan bercukai adalah dikira berdasarkan kepada pendapatan bulanan.
Bagi syarikat dan organisasi, kaedah pengiraan cukai telah lama diamalkan contohnya dengan merujuk penyata akaun, untung rugi syarikat.
Bagi orang awam, pendapatan bercukai bergantung kepada gaji atau pendapatan minima mereka.
Lebihan daripada gaji minima inilah yang diambilkira sebagai pendapatan bercukai.
Gaji minima seseorang atau sesuatu keluarga ringkasnya adalah kos sara hidup minimanya.
Iaitu merupakan satu standard berdasarkan jumlah pendapatan bulanan, bilangan tanggungan, kawasan tempat tinggal.
Formula diatas secara umumnya memberikan pendapatan bercukai yang berbeza bagi setiap ketua keluarga.
Bukannya berkadar tetap, misalnya tahun lepas tiga anak tinggal diluar bandar tetapi tahun ini empat anak tinggal dibandar.
Kiraan gaji minima dan pendapatan bercukai ini boleh dikira sendiri dengan mudah menggunakan SOKIP iaitu Sistem Online Kira Indeks Pendapatan, yang boleh dicapai secara online pada bila-bila masa dari mana-mana sahaja menggunakan berbagai alat atau gajet (termasuk telefon mudah alih) asalkan bersambung dengan internet.
Contoh kiraan pendapatan bercukai adalah seperti ditunjukkan dalam jadual.