Ular telan tuala
SYDNEY - Ia mungkin kedengaran pelik tetapi benar-benar berlaku.
Kakitangan di Small Animal Specialist Hospital (SASH) di luar Sydney, Australia terkejut selepas menerima kes ular sawa peliharaan yang didakwa menelan tuala pantai.
Menerusi rakaman video yang turut menjadi tular di media sosial itu menunjukkan tuala ditelan reptilia digelar Monty itu tidak dapat dihadam.
Susulan itu, veterinar, Dr Olivia Clarke bersama pasukannya terpaksa menggunakan forseps panjang untuk mengeluarkan fabrik terbabit.
Proses tersebut pada mulanya agak sukar dilakukan, namun tuala itu akhirnya dapat dikeluarkan tanpa mencederakan ular sawa tersebut.
Difahamkan, Monty dibenarkan pulang pada hari sama dan dilaporkan kembali makan seperti biasa.