124 individu degil ditagkap


KUCHING: Sebanyak 124 individu degil ditangkap kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 24 jam berakhir 8 pagi tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato' Dev Kumar berkata, Daerah Kuching paling ramai tangkapan iaitu 30 orang diikuti Kota Samarahan (19), Sarikei (13), Padawan (11), Miri (8), Bintulu (8), Sibu (7), Serian (6), Sri Aman (5), Meradong (5), Simunjan (4), Bau (2), Betong (2), Limbang (2), Tatau (1) dan Mukah (1).

Menurutnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan orang yang ditangkap di Sarawak sejak 18 Mac adalah seramai 1,011 orang.

Katanya, kesemua mereka yang ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.  

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya,

Dev Kumar berkata, seramai 73 orang telah didakwa di mahkamah dalam tempoh 24 jam kerana ingkar PKP, menjadikan jumlah keseluruhan 593 orang. 

Sejak PKP Fasa ketiga dilaksanakan, polis tidak lagi mengenakan kompaun kepada mereka yang ingkar arahan tersebut. 

Sebaliknya, mereka yang ingkar akan ditahan dan direman, kemudiannya didakwa ke mahkamah.
LihatTutupKomentar
Cancel