2 juta topeng muka untuk diedarkan percuma
Penyerahan itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg kepada JPBN yang diwakili Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Terdahulu, Abang Johari semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (MKN) pagi tadi memberitahu, topeng muka berkenaan akan diagihkan percuma kepada 520,647 Ketua Isi Rumah (KIR) di kesemua Bahagian dan Daerah dengan keutamaan kepada Zon Merah.
"Saya merakamkan ucapan terima kasih Kerajaan Sarawak kepada 20 penderma korporat setakat ini yang telah bermurah hati menyumbang sejumlah RM13.86 juta kepada Tabung COVID-19 Sarawak.”
“Dana ini akan dibelanjakan untuk pelbagai urusan operasi dalam tempoh PKP ini," katanya dalam kenyataan media selepas mesyuarat itu.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat & UKAS), Abdullah Saidol.
Beberapa menteri kabinet sarawak turut menyertai mesyuarat menerusi sidang video tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
