89 kena kompaun langgar PKP


Kuching: Seramai 89 orang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikompaun RM1,000 selepas ditahan keluar tanpa alasan munasabah, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar.

"Mereka diberi tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan utk buat bayaran di Pejabat Kesihatan Daerah," kata Dato' Dev Kumar. 

Beliau berkata, semua mereka ditahan antara jam 8 pagi semalam (10 April) hingga 8 pagi hari ini, dalam operasi yang diadakan di 13 daerah.

Katanya, Kuching mencatat jumlah tertinggi iaitu 33 orang diikuti Padawan (15), Sarikei (8), Bau dan Betong masing-masing (6), Kapit (5), Miri, Kota Samarahan dan Saratok masing-masing (3), Sibu, Sri Aman dan Maradong masing-masing (2) manakala Kanowit (1).

“Selain itu seramai tiga orang ditangkap, masing-masing di Kuching, Sibu dan Song,” katany dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tangkapan di Kuching melibatkan seorang perempuan berusia 25 tahun pada jam 12.45 pagi di belakang bangunan Riverside Majestic Hotel. 

“Individu tersebut enggan bekerjasama dengan pasukan polis apabila disoal. Perempuan tersebut telah dijamin pada jam 5 pagi setelah kenyataan dirakam.
LihatTutupKomentar
Cancel