Bantuan khas RM1500 peniaga dan penjaja kecil


KUCHING: Kerajaan Sarawak memberikan bantuan khas Sarawakku Sayang berjumlah RM1,500 kepada peniaga dan penjaja kecil yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Pemberian tersebut akan dibayar kepada mereka yang layak melalui akaun Sarawak Pay dengan kos keseluruhan RM98.4 juta.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 65,000 peniaga kecil dan penjaja di seluruh Sarawak.

Katanya, bagi peniaga dan penjaja kecil yang layak menerima bantuan tetapi tidak mempunyai akaun Sarawak Pay, anda boleh memohon dengan mudah.


“Hanya gunakan telefon pintar anda untuk memuat turun Sarawak Pay App melalui Apple Store atau Google Play Store dan memohon secara dalam talian.

"Sila isi maklumat yang diperlukan, tekan butang hantar dan tunggu pembayaran dikreditkan ke dalam akaun anda,” katanya dalam sidang media di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Sementara itu, peniaga kecil yang berdaftar dengan FAMA dan Jabatan Pertanian (DOA) di kawasan luar bandar, mereka akan diberi baucar tunai.

“Kerajaan tidak melupakan mereka yang berada di kawasan luar liputan internet dan mungkin tidak mempunyai akses mudah ke Sarawak Pay,” katanya.
LihatTutupKomentar

3 Komentar

Cancel