"Beratur Panjang Dapatkan Surat Pelepasan"


PAKAN: PENDUDUK tempatan di Pakan terpaksa berbaris panjang pagi ini untuk mendapatkan surat pelepasan di Balai Polis Pakan.

Difahamkan tujuan mereka adalah ingin membuat transaksi pengeluaran wang di bank di Sarikei.

Rata-rata ramai netizen mengadu kerana kesukaran untuk mengeluarkan wang kerana di Pakan selama tiada mesin ATM.

Menurut Castilla Sandil, daerah Pakan sepatutnya mempunyai satu atau dua mesin ATM untuk memudahkan pengeluaran wang. Ia akan memudahkan dan mempercepatkan lagi pengurusan bagi mereka yang lebih berusia agar tidak berdiri terlalu lama kerana faktor usia.

Berulang alik dari Pakan ke Sarikei sejauh 100KM bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang duduk di kawasan terpencil untuk berurusan dengan pihak bank semata-mata untuk mengeluarkan duit bagi membeli bekalan makanan.

Penduduk Pakan selama ini berurusan di Sarikei untuk melakukan transaksi pengeluaran wang amat memerlukan surat pelepasan untuk membeli barang keperluan disamping itu dapat menjadi bekalan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Sementara itu di daerah Sarikei, pihak PDRM Sarikei telah memperketatkan lagi kawalan di setiap jalan utama yang masuk menuju ke bandar Sarikei. 

Dalam sidang media sebelum ini, Pihak PDRM telah memberitahu untuk bertindak lebih tegas agar orang awam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan.

Pihak PDRM juga tidak akan teragak-agak untuk menahan atau memberi kompaun kepada individu yang didapati melanggar atau ingkar terhadapan arahan yang telah dikeluarkan.
LihatTutupKomentar
Cancel