Dua lelaki lolos sekatan, dadah, pistol tiruan dan topeng ditemui

KUCHING - Dua lelaki yang mencurigakan cuba meloloskan diri dari sekatan polis di Jalan Padungan. 

Bagaimanapun suspek berjaya ditangkap polis MPV di Jalan Depo Samariang sebentar tadi dalam satu adegan kejar mengejar.

Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai berapa paket yang dipercayai dadah, topeng muka, senjata dan beberapa barang yang lain di dalam kenderaan suspek.

Setakat ini suspek telah ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, suspek telah meloloskan diri dari sekatan polis di Jalan Padungan dalam usaha melarikan diri. 

Berita penuh menyusul. 
LihatTutupKomentar
Cancel