Esok tangkap dan reman terus


Tiada lagi kompaun ingkari PKP, tangkap & dakwa di mahkamah mulai esok

Bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3 yang bermula esok, PDRM tidak akan lagi mengeluarkan kompaun sebaliknya individu yang melanggar PKP akan terus ditahan dan didakwa di mahkamah. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000 manakala sebanyak 418 individu direman dan 25 individu dijamin polis.

Semalam juga, sebanyak 427 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP.

Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 13 April 2020 (semalam) adalah sebanyak 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan 4,036. 

Berikut point penting dalam sidang media PKP Hari Ke-28 dan Hari Terakhir (ke-14) PKP 2 dilaksanakan sebentar tadi: 

• PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 217 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu COVID-19, sebanyak 162 masih dalam siasatan, manakala 23 sudah dituduh di mahkamah dengan 4 telah mengaku salah.

• Peringatan kepada mereka yang telah memuat naik berita palsu dan memadam postingnya selepas tular, pihak berkuasa tetap akan mengambil tindakan. 

• Semalam, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 786 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara, dan melakukan pemeriksaan ke atas 546,553 kenderaan.

• Sebanyak 49,394 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,702 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Operasi Sanitasi Awam COVID-19 

• Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 1,701 operasi sanitasi di 97 zon termasuk di 26 Zon Merah. 

• Antara kawasan yang disanitasi, 1,203 bangunan kerajaan, 701 tempat awam, 736 pusat perniagaan dan 139 pasar raya.

• Kesemua Zon Merah di seluruh negara telahpun selesai disanitasi. Operasi akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 

• Keutamaan akan diberikan di Zon Merah dan Zon Kuning, dan lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 terkini. 

• Semalam sebanyak 174 operasi sanitasi meliputi 70 zon di 12 negeri, termasuk 37 kawasan di Johor dan 21 kawasan di Terengganu, yang mana sebanyak 141 bangunan kerajaan, 63 tempat awam, 61 pusat perniagaan dan 15 pasar raya telah disanitasi. 

• Sebanyak 9 kawasan gunasama skim strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah disanitasi menjadikan jumlah keseluruhan 35 kawasan gunasama zon merah di Selangor telah selesai disanitasi. 

Pengurusan Pusat Kuarantin 

• Setakat 13 April 2020, sebanyak 176 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 174 pada hari sebelumnya, yang mana 13,528 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

• Semalam seramai 593 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib. 

Barangan Keperluan Asas 

• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa. 

• Antara barangan yang dipantau termasuk Barang Makan Kering seperti Gula, Minyak Masak, Beras dan Roti Putih, Barang Segar seperti Ayam, Sayur-Sayuran, Telur, Bawang dan Susu Segar, dan Barang Kebersihan & Kesihatan seperti hand sanitiser, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa 

• Semalam penguatkuasa KPDNHEP telah membuat pemantaun harian di 1,133 pemeriksaan premis peniagaan termasuk peruncit (844), pemborong (260) dan pengilang (29). Ingin ditegaskan sekali lagi, bekalan makanan dan keperluan asas harian adalah mencukupi. Tiada sebab untuk membuat pembelian panik. 

• Kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat mengenai sikap sesetengah peniaga yang tidak bertanggunjawab menaikkan harga barangan keperluan sewenang-wenangnya. 

• Justeru, Kerajaan akan menguatkuasakan Skim Harga Maksimum PKP bermula esok 15 April 2020 sehingga 28 April 2020 yang akan memastikan harga 12 barangan keperluan harian dapat dikawal seperti ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung. 

• Perincian mekanisme Skim Harga Maksimum PKP akan diumumkan oleh KPDNHEP. 


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 

• Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan PKPD Batu 21-23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat tamat malam tadi, kecuali bagi Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, di mana pelaksanaan PKPD dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

• Bagaimanapun, pelaksanaan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020, berikutan penambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan penduduk.

• Kerajaan juga memutuskan PKPD ketiga melibatkan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, dan PKPD keempat di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India turut dilanjutkan sehingga 28 April 2020 kerana peningkatan kes positif dalam kalangan penghuni.

• Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan juga telah memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPD Kelima (Enhanced Movement Control Order) di Masjid India, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya.

• PKPD ini berkuatkuasa mulai 14 April 2020 sehingga 28 April 2020, melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India. 

• Semua penghuni kawasan yang terbabit diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
LihatTutupKomentar
Cancel