Jerip bebas COVID-19

KUCHING: Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil bebas daripada jangkitan COVID-19 berdasarkan ujian yang dijalankan.

Dalam hantaran di facebooknya hari ini, beliau berkata,dua ujian yang dijalankan menunjukkan keputusan negatif.

"Saya kini bebas daripada jangkitan COVID-19 dan masih menjalani kuarantin sehingga 21 April ini," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Mambong itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19 pada 3 April lalu.
LihatTutupKomentar
Cancel