Kedai jual barangan, bahan kuih dibenarkan beroperasi
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) membenarkan kedai-kedai menjual barangan (Plastik / Kontena) (aksesori) dan bahan-bahan kuih beroperasi.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah bagaimanapun berkata, kedai berkenaan hanya dibuka dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Jumaat dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang.
"Ia bagi membolehkan suri rumah serta peniaga kecil dan serdahana membuat persediaan bagi membuat kuih-muih menjelang Gawai dan Hari Raya Aidilfitri," katanya pada sidang media hari ini.
Uggah yang juga Pengerusi JPBN berkata, semua kedai dobi termasuk perkhidmatan dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.
Dalam pada itu katanya, untuk membolehkan semua kasual kontak yang belum dikesan dibahagian Samarahan, tempat saringan telah disediakan di UNIMAS Secara Pandu Lalu untuk membolehkan semua kasual kontak dapat
membuat saringan.
Katanya, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan akan membantu bagi memantau kebajikan dan kesihatan seramai 138,183 orang pekerja asing di Sarawak.
"Ini penting untuk memastikan kumpulan Ini penting untuk memastikan kumpulan ini akan sentiasa diawasi agar tidak dijangkiti COVID-19," ujarnya.