Keperluan menentukan ATM bidang kuasa BNM - Mawan


KUCHING: Kerajaan Sarawak seboleh-bolehnya mahu perkhidmatan Mesin Pengeluaran Automatik (ATM)ditempatkan bukan sahaja di Pakan, tetapi di seluruh Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan ak Ikom berkata, beliau menghargai saranan Gerempung Raban Pakan (GRP) agar diwujudkan perkhidmatan ATM dan bank di Pakan.

"Sememangnya niat Kerajaan Sarawak seboleh-bolehnya mahu perkhidmatan terbabit diadakan bukan sahaja di Pakan, tetapi di seluruh Sarawak khususnya di kawasan luar bandar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun,keperluan menentukan
perkhidmatan ATM di sesebuah kawasan adalah di bawah kuasa Bank Negara Malaysia(BNM).

Menjelas lanjut, katanya, sebelum ini, mantan Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum dan beliau sendiri sewaktu menjadi Ahli Parlimen
Saratok pernah mengusulka permohonan di Parlimen agar Perkhidmatan ATM dan bank diwujudkan di Pakan.
"Kita memahami keperluan penduduk di Pakan akan perkhidmatan ATM dan bank apatah lagi dalam keadaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 untuk pengeluaran wang bantuan baik dari kerajaan pusat atau kerajaan sarawak.

"Pada 16 April lalu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menyatakan terdapat 
kerjasama di antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan BNM bagi mengenal pasti ajen perbankan yang mempunyai dana yang cukup untuk mempastikan
perkhidmatan perbankan itu berjalan lancar terutama sekali semasa PKP ini,"katanya.

Beliau berkata, kenyataan Datuk Amar Douglas juga disokong oleh Ahli
Parlimen Julau, Larry Sng yang turut memuji inisiatif yang telah diusahakan oleh MKN dan BNM berkenaan.

"Sehingga kini saya sendiri dari semasa ke semasa membuat pertanyaan susulan ke atas perkara ini di atas kapasiti saya sebagai seorang ADUN.

"Kita berharap kerajaan pusat dan BNM dapat mempertimbangkan initiasif ini dengan secepat mungkin bagi memenuji keperluan rakyat khususnya di kawasan luar bandar," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel