Lelaki hilang di hutan
SIBURAN:Seorang lelaki dikhuatiri hilang di hutan di Batu 17, Kampung Punau, Jalan Puncak Borneo, di sini,petang semalam.
Lelaki itu dikenali sebagai Jason ak Tangkut, 43.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.28 petang ini.
"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Siburan menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ada seorang mangsa lelaki hilang di hutan pada petang semalam,"katanya di sini hari ini.
Katanya,pencarian mangsa dilakukan pada radius satu kilometer dari pondok kebun mangsa.
"Operasi mencari dan menyelamat(SAR) ditangguhkan pada jam 7 malam ini,"ujarnya.
Turut serta dalam operas SAR itu ialah pihak Polis, Rela dan penduduk kampung.